fbpx
Now Reading
Dengan Sekali Lafaz, Indah Ruhaila Sah Bergelar Isteri Ahmad Shariff

Dengan Sekali Lafaz, Indah Ruhaila Sah Bergelar Isteri Ahmad Shariff

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyanyi Indah Ruhaila sah bergelar isteri kepada Ahmad Shariff Ahmad Taufik dengan sekali lafaz pada pukul 10 pagi tadi.

Mereka disatukan dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri keluarga dan sahabat terdekat kedua-dua pasangan mempelai di Bizmillah Wedding Center, Subang Jaya.

Pada majlis tersebut, Ahmad Shariff telah menyerahkan mas kahwin berjumlah RM1,000 kepada Indah.

Sementara itu, majlis kenduri pasangan pengantin ini akan diadakan pada sebelah malam di Bizmillah Wedding Center.

Sebelum ini, Indah atau Siti Ruhailah Hussien dalam satu kenyataan mengesahkan bakal berkahwin namun majlis itu akan diadakan secara tertutup.

Jelasnya, dia tidak berniat untuk merahsiakan mengenai perkara tersebut sebaliknya terpaksa menghormati permintaan keluarga kedua-dua belah pihak.

Indah sebelum ini pernah mengikat tali pertunangan dengan lelaki dikenali sebagai R selama empat tahun namun ikatan itu putus pada April lalu.

Foto: Instagram @sethandluna_studio

AddThis Sharing Buttons

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.