fbpx
Now Reading
“Wallahi, Aku Mencintaimu”- Leez Rosli Luah Rasa Cinta Terhadap Aepul Drama Band

“Wallahi, Aku Mencintaimu”- Leez Rosli Luah Rasa Cinta Terhadap Aepul Drama Band

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon Leez Rosli akui bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang memahami dan penyayang.

Leez meluahkan perasaannya menerusi akaun Instagram (IG) bersempena ulang tahun ketiga perkahwinannya bersama penyanyi Aepul Drama Band hari ini.

“Perjalanan kita masih lagi jauh. Ada banyak lagi yang kami ragui (sila tabah seumur hidup ya). Ada banyak lagi yang nak di ‘argue’ kan (walaupun kami berdua jenis yang tidak suka membebel).

 

“Ada banyak lagi yang nak disabarkan dan ada banyak lagi kebahagiaan yang ingin dikongsikan bersama. InshaAllah.

 

“Tetapi, Wallahi, aku mencintaimu kerana Allah S.W.T. Harap ampa tak menyesal kahwin dengan kami sebab kami tak pernah menyesal punya suami macam ampa,” tulisnya.

Selain itu, Leez juga turut mendoakan agar hubungan mereka sentiasa dirahmati dan diberkati tuhan.

“Semoga Allah S.W.T sentiasa merahmati perkahwinan/keluarga kita ini sehingga dikurniakan Mawaddah Warahmah.

 

“Selamat ulang tahun perkahwinan yang ketiga wahai sahabat baikku, bekas tunangku, ‘my not too tall, dark and handsome man,’ aumm! #2712,” coretnya.

Dalam pada itu, entri tersebut telah dipenuhi dengan ucapan tahniah dan peminat juga mendoakan semoga perkahwinan pasangan ini berkekalan hingga akhir hayat.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.