Now Reading
“Bersalin Pun Cantik!” – Tahniah Fizo & Mawar Dapat Bayi Perempuan

“Bersalin Pun Cantik!” – Tahniah Fizo & Mawar Dapat Bayi Perempuan

Pasangan Fizo Omar dan Mawar akhirnya menimang cahaya mata sulung mereka pada pukul 4.10 petang semalam (Jumaat).

Bayi perempuan seberat 2.78 kilogram selamat dilahirkan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Fizo menerusi akaun Instagramnya.

“Alhamdulilah syukur. Mawar selamat melahirkan anak perempuan seberat 2.78 kilogram pada jam 4.01 petang tadi (semalam).

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami,” tulisnya.

Pengumuman Fizo itu mendapat respons daripada rakan selebriti yang mengucapkan tahniah buat pasangan itu antaranya Erra Fazira, Zizie Ezette, Kamal Adli dan Dafi.

Malah, peminat juga teruja menantikan wajah puteri sulung Fizo dan Mawar.

Ada juga peminat yang memuji kecantikan Mawar yang masih berseri-seri walaupun selepas bersalin.

“Tahniah… Berseri-seri muka Mawar,” tulis @sh4zwani.

“Bersalin pun cantik,” puji @nswhkhan.

Fizo dan Mawar telah mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan impian mereka untuk mendapatkan zuriat menjadi kenyataan selepas Mawar menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahim tahun lalu.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.