fbpx
Now Reading
“Saya ‘Lost’ Tanpa Dia” – Amyza Aznan Mohon Doa, Suami Diserang Sakit Jantung

“Saya ‘Lost’ Tanpa Dia” – Amyza Aznan Mohon Doa, Suami Diserang Sakit Jantung

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Suami pelakon Amyza Aznan, Khairil Idzhar Md Nazir diserang sakit jantung dan terpaksa dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur petang semalam.

Menurut Amyza menerusi akaun Instagramnya, serangan jantung itu pertama kali dialami suaminya sejak mereka berkahwin 13 tahun lalu.

“Semalam hari Jumaat pada jam 5 petang, suami saya kena serangan jantung buat pertama kali dan sekarang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Ampang Puteri.

“Saya akui, saya lost tanpa dia.

“Terima kasih kepada kawan-kawan di set Mamu Mami Gosip yang sangat prihatin. Jangan risau, saya akan habiskan kerja saya.

“Ya Allah, jangan ambil dia. Permudahkanlah urusan kami hari ini dan seterusnya.

“Pada yang sudi, tumpangkan doa saya untuk suami saya ye,” tulis Amyza.

Amyza dan Khairil berkahwin pada tahun 2004 dan telah dikurniakan tiga cahaya mata, Andre, 12, Adrian, 9, dan Ayden, 3 tahun.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.