Now Reading
Cikgu Cantik Viral Buat Ramai Lelaki Nak Kembali Bersekolah

Cikgu Cantik Viral Buat Ramai Lelaki Nak Kembali Bersekolah

Sejak sekolah mula dibuka untuk tahun 2018, bukan murid sahaja mencuri perhatian ibu bapa dengan pelbagai ragam mereka yang comel, tetapi guru yang comel turut mendapat perhatian terutama di laman sosial.

Cikgu cantik ini dikenali sebagai Afifah mula mendapat perhatian warga laman sosial selepas dia memuatnaik gambar dengan pesanan supaya anak muridnya tak menangis di hari pertama persekolahan.

Berikutan gurauannya yang mahu menggigit tangan pelajarnya yang menangis, ramai pula kaum Adam yang menawarkan tangan untuk digigit oleh cikgu cantik itu. Amboi dengar kata pula korang ni ye.

Malah, ramai yang mempersoalkan kenapa cikgu cantik sepertinya tidak muncul semasa zaman mereka masih bersekolah. Mesti kaki ponteng sekolah tak jadi nak ponteng sekolah kalau cikgu Afifah mengajar mereka.

Sekurang-kurangnya kehadiran guru seperti Afifah dapat membuatkan pelajar lebih bersemangat untuk ke sekolah dan belajar bersungguh-sungguh. Tapi, jangan rajin separuh jalan pula bila cikgu cantik dah pindah sekolah nanti.

Sumber: Twitter Afifah

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.