fbpx
Now Reading
“Itu Bukan Kereta Sayalah!”

“Itu Bukan Kereta Sayalah!”

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kecoh seketika di laman sosial Twitter apabila seorang pengguna Twitter memuatnaik gambar sebuah kereta disembur cat merah dengan tulisan “Perampas laki orang” yang dikatakan milik pelakon Izreen Azminda.

twitter.com

Namun, Izreen menafikan dakwaan itu dan menjelaskan dia kini berada di set penggambaran drama arahan Ziela Jalil, lapor BH Online.

“Biarlah apa orang nak kata atau fikir… Janji saya okay. Seandainya, terjadi pada saya sekalipun, negara kita ada undang-undang,” ujarnya ketika ditanya untuk memberi komen mengenai gambar tersebut.

astroawani.com

Terdahulu, nama Izreen ‘panas’ seketika apabila isteri pertama suaminya, Intan Liana Saleh membuat pengakuan rela bermadu dengan aktres itu di media.

Mungkin ada pihak sengaja mahu membuat kontroversi mengenai Izreen sejak kisah rumahtangga dia senyap seketika atau mungkin orang salah faham mengenai pemilik kereta yang disembur cat merah itu.

Sumber: Berita Harian

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.