fbpx
Now Reading
Dr. Sheikh Muzaphar Jelaskan Kenapa Dia Lebih Memilih Untuk Menghantar Anaknya Ke Sekolah Cina

Dr. Sheikh Muzaphar Jelaskan Kenapa Dia Lebih Memilih Untuk Menghantar Anaknya Ke Sekolah Cina

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Angkasawan Negara, Dr Sheikh Muzaphar lebih memilih untuk menghantar anaknya Sophea Isabella,7 dan Sophea Natasha 6 ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Di Instagram miliknya, dia berkongsi beberapa video memaparkan dia menghantar anaknya ke sekolah cina.

Baginya sekolah cina adalah pilihan terbaik yang dilakukan untuk pengajian anak-anaknya kerana sekolah tersebut mempunyai teknik pembelajaran yang hebat selain melatih pelajarnya agar sentiasa berdisiplin.

Tambah Shiekh Muzaphar lagi, tidak perlu risau hantar anak ke sekolah yang mempunyai bahasa asing kerana anak-anak ini cepat belajar. Selain tu, dia juga menggalakkan supaya hantar anak-anak seawal pra-sekolah ke sekolah cina agar mereka mendapat pendedahan awal dan mempunyai asas bahasa asing.

Sheikh Muzaphar juga berpesan agar jangan memandang rendah kepada kebolehan serta keupayaan anak-anak kerana pada usia ini mereka lebih gemar meneroka dan mencuba benda baru.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.