fbpx

Jangan Terkejut Ini Gambar Neelofa Masa Zaman Sekolah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut sahaja nama Neelofa, semua orang pasti membayangkan wanita yang jelita dan penuh dengan kredibiliti. Bukan sahaja seorang Pelakon, tetapi juga merupakan pengacara, usahawan dan model iklan yang terkenal di Malaysia.

Dilahirkan pada 10 Februari 1989, di Pasir Mas, Kelantan, beliau merupakan anak ketiga daripada sembilan adik-beradik, dan mempunyai lima adik-beradik berlainan bapa.

Bukan sahaja terkenal dengan kejelitaannya tetapi Lofa juga merupakan seorang yang bijak dari zaman sekolah lagi.

Selepas meraih pencapaian cemerlang dalam UPSR (ujian sekolah rendah) iaitu 5A, Neelofa menyambung pengajian di sekolah menengah, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi, seterusnya mencapai semua A dalam kedua-dua peperiksaan, PMR mahupun SPM iaitu masing-masing 8A dan 10A.

Bapanya berketurunan Melayu, manakala ibunya, Noor Kartini Noor Mohamed pula berdarah kacukan Pakistan dan Arab.

Menuntut di pusat pengajian tinggi, beliau adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran, Kolej Universiti Sunway (kini Universiti Sunway) di Bandar Sunway, Selangor.

Khas buat anda, berikut kami kongsikan 4 keping foto Neelofa sewaktu zaman persekolahannya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.