fbpx
Now Reading
“Siapa Ajar Makan Lollipop? Mommy Tak Pernah Bagi Pun” – Yana Samsudin

“Siapa Ajar Makan Lollipop? Mommy Tak Pernah Bagi Pun” – Yana Samsudin

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon Yana Samsudin terkejut selepas mendapati anaknya, Aisy Mateen sedang menikmati gula-gula ‘lollipop’ tanpa pengetahuannya.

Yana Samsudin memuat naik sebuah video di akaun Instagram (IG) peribadinya menyoal anak lelakinya yang baru berusia setahun enam bulan itu siapa yang memberinya gula-gula tersebut.

Menerusi video tersebut, Mateen terus memakannya tanpa menghiraukan ibunya sehinggalah Mateen menjawab “Dada” (daddy) selepas Yana mula menyoal “Siapa ajar makan lollipop? Mommy tak pernah bagi pun”

Yana yang mendengar jawapan anaknya itu terus tersenyum dan melihat suaminya yang ketika itu sedang merakamkan video tersebut.

Pelakon itu cuba merampas gula-gula itu dari tangan anaknya, namun Mateen mengelak dan terus menjerit.

Sementara itu Yana dalam entri tersebut memberitahu dengan nada gurau, kanak-kanak tidak pernah menipu (merujuk jawapan Mateen).

Yana juga berseloroh sambil berkata;

“Ini namanya, anak makan gula-gula muka mak masam macam cuka”

Entri tersebut turut mencuit hati peminat Yana yang rata-rata lucu melihat gelagat anaknya.

Video: https://instagram.com/p/BdUdPxYnit7/

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.