fbpx
Now Reading
Video Kaki Anzalna Nasir ‘Dilenyek’ Buat Netizen Ketawa

Video Kaki Anzalna Nasir ‘Dilenyek’ Buat Netizen Ketawa

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon Anzalna Nasir berkongsi video kakinya ‘dilenyek’ di laman sosial Instagram miliknya, @anzalnanasir88.

Video tersebut dirakamkan ketika sambutan hari lahir pertama anak saudara kembar Anzalna, Anggun Darleesa dan Anggun Darleena yang berlangsung semalam.

Situasi kelakar itu menyaksikan kaki Anzalna telah ‘dilenyek’ oleh salah seorang anak saudaranya, Anggun Darleena yang berada di dalam sebuah kereta mainan kawalan jauh.

Ketika itu, Anzalna bersama adik-adiknya sedang merakamkan foto secara ‘candid’.

“Banyak sangat kesalahan pemandu ni. Pertama, lenyek kaki Anzalna. Kedua, minum susu sambil drive. Dia mabuk susu rasanya. Ketiga, langgar orang tengah feeling photo shoot!” tulis Anzalna di ruangan kapsyen.

Entri tersebut turut disertakan dengan hashtag #theanggunswildONE #BirthdayCelebration #BohoChicThemeParty @the_angguns @anzelhair.

Di ruangan komen, rata-rata peminat menyatakan yang mereka terhibur melihat video tersebut.

Pengikut laman Instagram pelakon Dendam Aurora ini juga ketawa melihat aksi Anzalna, adik-adiknya dan anak saudara mereka.

Anggun Darleesa dan Anggun Darleena merupakan anak kembar kepada kakak Anzalna, Diana Nasir.

Anggun Darleena dan Anggun Darleesa dilahirkan pada 7 Januari 2017.

 

 

Ini licence pemandu tu. See you in court! @the_angguns

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on

 

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.