fbpx
Now Reading
Najdi Tarik Diri Dari UNIC, Fakhrul Cari Penyelesaian

Najdi Tarik Diri Dari UNIC, Fakhrul Cari Penyelesaian

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Anggota UNIC, Fakhrul terkejut apabila Najdi, memberi kenyataan menarik diri dari kumpulan tersebut. Fakhrul berkata dia tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkara tersebut kerana tidak tahu punca sebenar.

“Ia mungkin berpunca daripada perselisihan faham dalaman sahaja yang saya sendiri tidak tahu sejak bila.

“Berurusan dengan manusia ini mencabar kerana manusia ada hati, perasaan dan ego, malah semua manusia berbeza.

“Tak nafikan, dalam menguruskan artist berkumpulan ada turun dan naiknya.

“Kami pun manusia biasa, cabaran dan ujian kami pun sama macam orang lain,” katanya kepada Astro Gempak ketika dihubungi.

Najdi memberi kenyataan kepada media semalam bahawa penarikan dirinya itu dilakukan selepas berlaku perselisihan faham dengan Bazli.

Fakhrul bagaimanapun belum berjumpa dengan kedua-dua ahli kumpulannya itu bagi berbincang tentang apa masalah yang berlaku.

“Insya-Allah kami akan cuba menyelesaikan masalah dalaman ini dalam masa yang terdekat.

“Lagipun kami ada banyak komitmen dengan pelbagai pihak.

“Jadi keputusan yang kami ambil semestinya akan dipertimbangkan dari semua segi,” katanya lagi.

Najdi menyertai UNIC dua tahun lalu menggantikan Mohamad Fitri Haris, Wan Sharifuddin dan Mohd Afendi Jahri yang menjadi anggota asal kumpulan nasyid itu sejak ditubuhkan pada 2002.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.