fbpx
Now Reading
‘Rasa Macam Nak Lempang’ – Diminta Bersama Semula Dengan Ally Iskandar Demi Kebaikan Anak, Ini Respon Farah Lee

‘Rasa Macam Nak Lempang’ – Diminta Bersama Semula Dengan Ally Iskandar Demi Kebaikan Anak, Ini Respon Farah Lee

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap pasangan berkahwin pasti mengimpikan hubungan kekal hingga ke akhir hayat. Namun, ada juga pasangan yang melalui detik hitam apabila hubungan yang telah dibina gagal dipertengahan jalan. Ternyata bukan mudah untuk seseorang itu menerima semula pasangan mereka dek kerana detik hitam yang dilalui semasa berumah tangga.

Itulah luahan Farah Lee apabila ramai netizen menginginkan dia untuk kembali bersama pengacara, Ally Iskandar demi kebaikkan anak mereka. Farah melalui Instagramnya memberi tahu bukan mudah untuk mereka kembali semula kerana orang ramai tidak tahu tentang saat sukar yang telah dilaluinya semasa berkahwin.

Tak tahu apa yang dilaluinya

. Kadang boleh nampak, kita dididik lebih kepada suruh suruh suruh (ex: “Beratur, semua beratur. Ish beratur pun tak pandai ke.?”) instead of do it together (ex: “Ok jom kita beratur, beratur macam ni, kita kena beratur sebab…) — nampak tak beza.? Dan sedar atau tak, itu mempengaruhi karakter kita. Ramai orang kita reti suruh je, tak ramai yang sudi memahami. . Contoh, contoh la kan ? : . “Tolong la bersama balik demi anak” – ini ayat suruh, which bila dengar kadang rasa nak lempang ? You’ll will never know what others had been through and how much effort they already gave/tried. Memang niat mungkin baik nak doakan, tapi cara tu agak tak kena, ia mungkin sensitif bagi sesetengah pihak. . VS . “Suka tengok korang, bersama atau tak, moga yang terbaik untuk kalian” – ini ayat do it together, which bila dengar rasa nak hug ketat2 ? Haha maknanya mereka ada inisiatif untuk memahami kehidupan orang lain yang berbeda2, ada rationality dan empathy disamping menjaga sensitivity. . Jadi itulah dia contohnya ? Jadi, jom lah kita jadi parents yang memahami dan ada bersama dalam setiap situasi anak2 compared to just suruh cepat baca kira suruh itu ini je which mereka akan membesar EQ tak fully developed lalu menjadi orang yang suka menyuruh, kurang empathy dan akan dilempang suatu hari nanti ??? #ommabebel #harapfahammaksudtersirat #disampingbebeltersurat ?

A post shared by F. L. (@farahlee_) on

Hantar anak ke sekolah bersama

Desas-desus ini bermula apabila, Farah memuat naik sebuah video dia dan Ally Iskandar bersama-sama turun padang menghantar Maream ke sekolah. Di dalam video tersebut, mereka kelihatan mesra dan gembira melihat aksi anak mereka di sekolah. Perkara ini telah mendapat perhatian netizen dan mereka berharap agar Ally dan Farah dapat bersama semula demi kebaikkan anak-anak.

Apa-apa pun kita doakan yang terbaik buat kedua-dua pasangan ini. Apa-apa keputusan yang dibuat oleh mereka haruslah kita hormati. Walaupun, tidak bersama lagi Admin percaya Ally boleh menjadi ayah yang terbaik untuk Maream.

Sumber: Farah Lee

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.