fbpx
Now Reading
Janna & Sharifah Sakinah Minta Maaf

Janna & Sharifah Sakinah Minta Maaf

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ekoran kejadian dua pelakon wanita Malaysia didakwa mempersendakan kematian penyanyi Korea, Jonghyun dari kumpulan Shinee, Janna Nick dan Sharifah Sakinah tampil meminta maaf kepada orang ramai.

https://youtu.be/PAtci-t96Iw

Sebelum ini, Sharifah Sakinah memuatnaik video di Ig Story miliknya menunjukkan dia bertanyakan sesuatu kepada Janna dan mereka ketawa bersama-sama selepas itu.

Kejadian itu tular hingga sebuah portal hiburan Korea, Koreaboo menyiarkan kisah itu di laman web mereka.

Twitter Janna Nick

“Namun, jika ada yang berasakan tindakan saya salah, sekali lagi saya nak minta maaf. Sejujurnya saya tak berniat nak mempersendakan sesiapa malah jauh sekali nak mengaitkan dengan sesiapa,” luahnya.

Jelasnya, punca dia gelak dalam video itu adalah kerana melihat gelagat Sakinah yang berada di sebalik kamera.

IG Sharifah Sakinah

Terbaru, Sharifah Sakinah juga dilihat meminta maaf kepada semua peminat Kpop dan meminta agar Janna tidak dikaitkan dengan isu ini lagi.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Diharap kejadian ini menjadi pengajaran kepada semua orang agar lebih berhati-hati sebelum melakukan sesuatu.

Sumber: Harian Metro

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.