fbpx
Now Reading
Siti & Datuk K Bakal Timang Anak Perempuan

Siti & Datuk K Bakal Timang Anak Perempuan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyambut hari lahir yang ke 39 tahun hari ini berkongsi berita gembira bersama semua peminat di laman Instagram mengenai jantina anaknya yang bakal lahir beberapa bulan saja lagi.

Dalam video tersebut, Siti bersama suami tercinta, Datuk Seri Mohd Khalid Jiwa atau Datuk K berbesar hati mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata perempuan seperti yang diimpikan oleh suaminya.

IG Siti Nurhaliza

“Doakan zuriat kami sihat dan menjadi anak solehah. Alhamdullillah, terima kasih atas doa semua dan semoga semuanya selamat,” sambungnya.

IG Siti Nurhaliza

Siti kini berada di Singapura bersama keluarga sempena menyambut hari lahirnya dan mereka sekeluarga kelihatan gembira bercuti di sana.

Sumber: mStar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.