fbpx
Now Reading
Farid Kamil Mengaku Tidak Bersalah

Farid Kamil Mengaku Tidak Bersalah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Datuk Farid Kamil seorang pelakon dan pengarah filem terkenal mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan termasuk menampar seorang anggota polis trafik di Balai Polis Kota Damansara pada 11 Januari lalu.

Farid dibacarakan pada hari ini,16 Jan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.

Walaubagaimanapun, Majistret Nor Ariffin Hisham menetapkan 5 Mac depan sebagai sebutan semula kes.

Untuk tuduhan pertama dan kedua, Farid didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Ashraf Ahmad dan Konstabel Muhammad Nizam Jamaluddin.

Kedua-dua pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimun setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Tuduhan ketiga, Farid didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap Konstabel Muhammad Nizam Jamaluddin sebagai penjawat awam dengan niat menghalangnya melakukan tugas.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Manakala tuduhan keempat, Farid didakwa berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap Konstabel Muhammad Nizam Jamaluddin sehingga boleh mendatangkan kemarahan.

Bagi kesalahan itu, pelakon itu didakwa mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 yang memperuntukan denda tidak lebih RM500 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Majistret Nor Ariffin Hisham kemudian membenarkan RM12,000 dengan seorang penjamin bagi keempat-empat pertuduhan.

Isteri Farid, Datin Diana Danielle turut hadir ke mahkamah bagi memberi sokongan kepada suaminya itu.

Sementara itu, Farid Kamil dibebaskan dengan jaminan polis bagi kes narkotik.

Sumber : https://www.hmetro.com.my/utama/2018/01/304056/farid-kamil-hanya-geleng-kepala

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.