fbpx
Now Reading
Ibu Janna Nick Terima Hadiah Kereta Mewah

Ibu Janna Nick Terima Hadiah Kereta Mewah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[video src="http://www.instagram.com/p/Bd7ZELLh2_g/?taken-by=jannanick"]

Janna Nick yang kini masih hangat dengan Drama “My Coffee Prince” menjadi sebutan nitizen apabila baru-baru ini menerusi akaun Instagramnya ada memuat naik video sekitar majlis sambutan hari jadi ibunya yang ke 44.

Apa yang menarik perhatian ialah, Janna menghadiahkan sebuah kereta mewah Mercedes buat ratu hatinya itu. Malah, ramai yang memuji kecantikan ibu Janna yang kelihatan muda dan cantik. Patutlah Janna juga cantik dan manis persis ibunya. Dah macama adik beradik sekali pandang!

Janna yang bahasakan dirinya sebagai ‘Angah” di dalam video berdurasi 60 saat mendoakan supaya ibunya gembira selalu dan semoga panjang umur serta murah rezeki. Dengan nada sedikit sebak, Janna juga menyatakan kegembiraan beliau apabila melihat ibunya “happy”.

Semestinya ibu Janna merasa gembira dengan hadiah istimewa daripada anak keduanya. Pengorbanan ibu yang tidak ternilai dibalas dengan ingatan kasih seorang anak kepada ibunya.

Semoga Janna diperluaskan rezeki yang lebih lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.