“Orang Korea dengar buat gelak je!” Eyqa Farhana dan Nizam Othman Dikecam Bercakap Bahasa Korea.

Dikecam netizen kerana berbahasa Korea, pelakon Eyka Farhana terkilan kerana apabila beliau sudah berusaha sehabis baik untuk bertutur dalam bahasa asing itu di dalam drama berjudul Ustaz Korea Sebelah.

Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 23, berkata, dia dan gandingannya Nazim Othman sudah berusaha untuk belajar bahasa itu sebelum memulakan penggambaran yang dijalankan pada dua tahun yang lepas.

“Saya sedih kerana sudah buat yang terbaik, tolonglah hargai, penat kami belajar bersungguh-sungguh bahasa Korea.”

“Saya rasa tidak salah kita cuba sesuatu yang baharu dalam lakonan. Saya rasa seronok ketika penggambaran drama itu dan harap penonton turut belajar bersama ketika menonton drama itu,” ujarnya.

Eyqa dan Nazim Othman dikecam netizen di laman Twitter apabila klip drama yang berjudul Ustaz Korea Sebelah Rumah dimuat naik oleh sorang pengguna Twitter.

 

Netizen terutamanya peminat drama Korea menganggap nada dan sebutan bahasa Korea oleh Nazim dan Eyka agak pelik dan tidak lancar.

Dalam pada itu, Eyka berkata, penonton perlu faham jalan cerita drama tersebut terlebih dahulu.

Katanya, dia membawa watak sebagai remaja yang terlalu berminat dengan kumpulan K-pop.

“Sudah tentulah saya cakap tidak seperti orang Korea sebenar kerana saya pun belajar seminggu sebelum mula drama”.

Tambah Eyka, penggambaran drama itu dijalankan pada 2016 dan ditayangkan sekitar Mei tahun yang sama di Astro Ria.

Sumber : http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/01/16/eyka-bahasa-korea/

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

23 mins ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

59 mins ago
  • News

Bukan Sunnah Rasulullah SAW, Mufti Perak Seru Berhenti Boikot KK Mart

Mufti Perak Wan Zahidi berkata, Rasulullah SAW tidak mengamalkan aktiviti memboikot walaupun dengan musuh agama…

1 hour ago
  • Trending

Hukum Main Claw Machine Haram – UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus (UAI), bermain claw machine adalah haram kerana ia termasuk dalam kaedah…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Bukan Paku, Rupanya Serpihan Besi Skrap Jadi Punca Puluhan Kereta Rosak Di Lebuhraya Karak

Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…

5 hours ago
  • Trending

“Tak Pelah Wangi Bilik Nek” – Reaksi Santai Nenek Lihat Cucu Main Bedak Jadi Perhatian [Video]

Wanita yang menggelarkan dirinya nenek itu langsung tidak menunjukkan kemarahan kepada Danish malah, dia turut…

5 hours ago