fbpx

Umrah, Hadiah Harijadi Pak Nil Untuk Anak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengacara nombor satu negara, Datuk Aznil Haji Nawawi menghadiahkan anak sulungnya, Fildza Haifa mengerjakan umrah sempena ulangtahun kelahiran gadis itu tahun ini.

Datuk Aznil atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil itu meluahkan rasa syukur dapat memenuhi impian anak kesayangannya yang dipanggil Fifi itu.

Pak Nil berkongsi rasa gembira dan syukurnya itu menerusi sebuah entri di Instagramnya, awal pagi tadi.

“Papa bersyukur pada hari jadi Fifi kali ini papa dapat berikan hadiah yang paling bermakna buat Fifi.

“Papa akan pimpin Fifi di Miqat, tawaf, Safa, Marwa’ dan bertahlul.

“Semuanya demi mengejar kesempurnaan hodup bergelar hamba Allah. Insha-Allah sayang, adik-adikmu Riki dan Riz akan sama-sama kita pimpin sebagaimana kita nanti berpimpin tangan ke Jannah bersama-sama.

“Papa sayang Fifi,” tulisnya.

 

Sementara itu di ruangan komen, pengikut IG Pak Nil mendoakan agar umrah beliau dan keluarga mabrur.Mereka turut mendoakan Pak Nil sekeluarga dimurahkan rezeki disamping mengucapkan selamat hari lahir buat Fifi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.