fbpx
Now Reading
Hanis dan Hairul Tak Mahu Yusuf Berlakon

Hanis dan Hairul Tak Mahu Yusuf Berlakon

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa tak geram dengan kecomelan Yusuf Iskandar, anak sulung kepada pasangan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen yang mempunyai 2 juta pengikut di Instagram.

Namun Hanis Zalikha akui belum bersedia untuk memberi anaknya, Yusuf Iskandar, 2, bekerja terutamanya dalam bidang lakonan kerana ia memerlukan  komitmen yang berat.

Hanis Zalikha berkata dia sudah menolak beberapa tawaran berlakon sejak Yusuf bayi lagi.

“Sebenarnya sebelum usia dia setahun lagi Yusuf banyak terima tawaran berlakon termasuk cameo dalam sebuah filem.

“Tapi Hairul tidak mahu anaknya berlakon kerana ia memerlukan masa tertentu serta mengikut skrip.

“Saya dan Hairul bimbang Yusuf penat dan tidak mahu dia bekerja dan biarlah kami sahaja yang mencari rezeki untuknya,” katanya.

Hanis dan Hairul serta Yusuf ditemui pada sidang media My Little Heroes di Blokke Cafe, Citta Mall di sini, semalam.

My Little Heroes – Yusuf & Bujibu akan menampilkan aktiviti harian Yusuf dan Bujibu Chempel, kucing peliharaan keluarganya.

Aksi Yusuf dan Bujibu yang mencuit hati sering mendapat perhatian di Instagram

Pun begitu, Hanis bersetuju menerima tawaran program realiti anaknya, Yusuf walaupun mengambil masa yang lama untuk bersetuju.

Program sebegini lebih selesa kepada Yusuf yang masih kecil dan tiada tetapan masa.

“Ia adalah satu penghargaan apabila ada stesyen televisyen yang mahu merakamkan aktiviti harian kami untuk dipertontonkan.” tambahnya lagi.

“Penonton boleh lihat keakraban Yusof dan kucing kami yang bermain bersama sejak Yusuf lahir lagi,” katanya lagi.

Program lapan episod itu bakal bersiaran pada setiap hari Rabu, 9 malam menerusi Astro Ria dan Ria HD bermula 31 Januari ini.

Sumber : Gempak.com

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.