fbpx
Now Reading
Sharnaaz Jelaskan Punca Tumbuk Warga Asing

Sharnaaz Jelaskan Punca Tumbuk Warga Asing

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon Sharnaaz Ahmad mendedahkan di Instagram @ punca dia menumbuk seorang warga Bangladesh pada 22 Julai tahun lalu disebabkan sikap kurang ajar lelaki berkenaan.

Sharnaaz, 33, mendakwa pergaduhan itu tercetus selepas warga asing itu beberapa kali menegurnya dengan cara yang tidak sopan.

“Macam inilah pasal Gous Ali ni, aku tak mahu panjang cerita kira mengaku salah sudahlah.. sebab apa, memang salah pun bergaduh tapi cuba kalau kau duduk tempat aku.

“Kalau orang asing ‘sound’ kau lebih dari lima kali tapi kau tak melawan kira hebatlah. Ini sampai siap kurang ajar, aku bukan malaikat kot brader. Tercetuslah pergaduhan comel,” tulisnya di Instagram pada Khamis lepas.

Sharnaaz berkata demikian selepas berita tentang kes dia menumbuk seorang lelaki warganegara Bangladesh pada tahun lalu menjadi tajuk utama di blog-blog hiburan.

Suami kepada kakak Neelofa, Noor Nabila pada 25 September lalu didenda RM1,200 selepas mengaku bersalah menumbuk lelaki warganegara Bangladesh di sebuah kelab golf di sini.

Sharnaaz atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad mengakui menumbuk muka Gous Ali di tempat mangsa bekerja di Kelab Desa & Golf Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Sharnaaz kesal apabila berita tersebut dikeluarkan kembali dengan tujuan tidak baik.

“Mai (datang), sudah manusia yang suka tengok kejatuhan orang lain, cerita sudah lapok dikeluarkan balik bagi hangat.

“Saya layankan saja, janji tidak petik nama mak ayah sudah, kalau tidak sampai lubang cacing aku cari,” tambah Shaarnaz lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.