fbpx
Now Reading
Adi Putra dan Aida Yusof Nikah Semula.

Adi Putra dan Aida Yusof Nikah Semula.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tahniah diucapkan kepada pelakon Datuk Adi Putra yang telah bernikah semula dengan bekas isteri pertamanya, Aida Yusof semalam.

Berita gembira itu mula dikongsikan oleh anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid yang merupakan rakan baik kepada pasangan tersebut.

Nurul memuat naik foto Adi sedang menyarungkan cincin ke jari isterinya itu di akaun Instagramnya sebelum Adi pula memuat naik foto bersama isteri tercinta di akaun Instagramnya.

Beliau mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaan mereka.

Peminat Adi mengucapkan tahiah di ruang komen dan mendoakan jodoh mereka berkekalan sehingga ke Jannah.

Tahniah dari kami Datuk Adi Putra dan Aida Yusof!

Adi dan Aida mendirikan rumah tangga kali pertama pada 14 April 2006. Pada 20 Jun 2016 pula, Adi bernikah dengan isteri kedua, Norshahida.

Dihimpit pelbagai kontroversi mengenai pernikahannya, Adi membuat kenyataan bahawa beliau sudah tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kedua-dua isterinya itu sekitar pada Mac 2017.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.