fbpx
Now Reading
Dron Selamatkan Dua Mangsa Lemas Di Australia

Dron Selamatkan Dua Mangsa Lemas Di Australia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebuah dron berjaya menyelamatkan dua lelaki daripada lemas semalam.  Operasi menyelamat kali pertama di dunia menggunakan teknologi yang sesuai digunakan di lautan, kata pihak berkuasa.

Pihak berkuasa memberitahu, pasukan penyelamat pantai menjalani sesi latihan menyelamat menggunakan dron di sebuah pantai di selatan Brisbane.

Bagaimanapun, latihan itu bertukar operasi menyelamat sebenar selepas dua lelaki dikesan menghadapi masalah ketika berenang di luar kawasan bendera keselamatan.

Pengawal pantai mengemudi dron terbabit ke arah dua lelaki itu dan menjatuhkan pelampung bagi membolehkan mangsa berpaut dan berenang ke pantai.

GAMBAR yang dirakamkan dron itu menunjukkan pelampung dijatuhkan pada mangsa. FOTO Little Ripper Lifesaver

Operasi itu mengambil masa hanya kira-kira 70 saat untuk menyelamatkan mangsa  berbanding enam minit untuk pengawal keselamatan berenang ke arah mangsa. 

“Sebelum ini tidak pernah dron dilengkapi dengan alat pelampung digunakan untuk menyelamat mangsa yang hampir lemas seperti ini,” kata Timbalan Perdana Menteri New South Wales (NSW), John Barilaro.

Barilaro berkata, kerajaan membelanjakan AS$430,000 (RM1.7 juta) untuk ujian percubaan penggunaan teknologi dron pada bulan lalu.

Selain digunakan untuk operasi menyelamat, dron juga digunakan untuk mengesan jerung di perairan laut.

Australia yang mempunyai 24 juta penduduk tinggal di tepi pantai mencatatkan sebanyak 291 kes lemas sehingga Jun lalu, meningkat sedikit berbanding tahun sebelumnya.

Empat puluh orang dilaporkan lemas pada musim panas 2017/18, menurun daripada 69 orang dalam tempoh sama tahun lalu.

Sumber : https://www.theverge.com/2018/1/18/16904802/drone-rescue-australia-video-ocean

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.