Fenomena ‘Super Blue Blood-Moon’ Kembali Selepas 152 Tahun

Pada 31 Januari ini, satu fenomena  gerhana bulan penuh yang berlaku kali terakhir 152 tahun lepas akan berlaku. Rakyat Malaysia sangat bertuah kerana berpeluang untuk menyaksikan tiga fenomena  serentak yang akan berlaku ke atas bulan iaitu ‘Super Blue Blood-Moon’

Menurut kenyataan dikeluarkan Planetarium Negara.Fenomena, kali terakhir fenomena yang merupakan gabungan ‘Supermoon’, ‘Bluemoon’ dan ‘Bloodmoon’ ini berlaku pada 31 Mac 1866.

Menurut kenyataan itu, fenomena ‘Supermoon’ terjadi berikutan kedudukan bulan berada paling hampir dengan bumi dan mengalami  fasa penuh menyebabkan saiz bulan akan kelihatan lebih besar daripada biasa.

Fenomena ‘Bluemoon’ pula ialah fasa bulan penuh yang berlaku pada tarikh sama merupakan fasa bulan penuh yang kedua dalam bulan Januari 2018.

“Pada malam itu, bulan turut mengalami peristiwa gerhana bulan penuh yang menyaksikan fasa gerhana bermula kira-kira 7.48 malam sehingga 11.11 malam manakala fasa gerhana penuh pula akan bermula kira-kira  8.51 malam sehingga ke kemuncak pada pukul 9.29 malam dan akan tamat kira-kira 10.07 malam.

“Umumnya gerhana bulan juga dikenali sebagai ‘Bloodmoon’ kerana warna bahagian gelap gerhana yang kemerah-merahan akibat biasan cahaya Matahari oleh atmosfera bumi,” menurut kenyataan itu.

Antara lokasi ideal bagi menyaksikan fenomena yang amat jarang berlaku ini adalah kawasan tepi pantai yang menghadap laut di sebelah timurnya, kawasan puncak bukit, tanah tinggi, di atas bangunan tinggi atau mana-mana kedudukan yang tiada halangan pandangan ke arah ufuk dan langit di sebelah timur.

Planetarium Negara di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mengajak orang ramai menghadiri Program Pencerapan Gerhana  Bulan Penuh ‘Super Blue Blood-Moon’ pada 31 Januari bermula 7 malam sehingga 12 tengah malam di hadapan pintu masuk Planetarium Negara.

Dalam program itu, para pengunjung berpeluang menggunakan beberapa buah teleskop bagi menyaksikan fenomena gerhana yang disediakan oleh Planetarium Negara selain aktiviti taklimat dan penerangan mengenai gerhana, panduan dan aktiviti astro-fotografi serta sesi solat gerhana pada malam itu.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 03-22735484, e-mel di info@planet.gov.my atau melayari laman sesawang Planetarium Negara di www.planetariumnegara.gov.my selain Facebook Planetarium Negara.

Sumber : Bernama

Recent Posts

  • News
  • Trending

Bukan Paku, Rupanya Serpihan Besi Skrap Jadi Punca Puluhan Kereta Rosak Di Lebuhraya Karak

Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…

2 hours ago
  • Trending

“Tak Pelah Wangi Bilik Nek” – Reaksi Santai Nenek Lihat Cucu Main Bedak Jadi Perhatian [Video]

Wanita yang menggelarkan dirinya nenek itu langsung tidak menunjukkan kemarahan kepada Danish malah, dia turut…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Remaja Tular Bakar Anak Kucing Hidup-hidup Sudah Ditahan Polis

Sebelum ini, rakaman CCTV kejadian di Flat Kenari, Kajang itu tular di media sosial hingga…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Enggan Pergi Kelas Mengaji, Remaja Reka Cerita Dirinya Diculik

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, hasil soal siasat dan rakaman percakapan mangsa, saksi dan…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Akhyar Rashid Cedera Dipercayai Disamun Di Kuala Terengganu [Video]

Pemain Terengganu FC (TFC) itu juga didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompetnya kerana dilarikan oleh…

4 hours ago
  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

20 hours ago