Now Reading
[VIDEO] Lagi Kes Lawan Arus

[VIDEO] Lagi Kes Lawan Arus

Cuba untuk bunuh diri, seorang lelaki warga emas memandu secara melawan arus di Lebuh Raya Pantai Baharu (NPE), dekat Petaling Jaya, petang semalam.

Satu video berdurasi dua minit dan 42 saat yang dirakam oleh seorang pengguna jalan raya tular sejak pagi tadi

Video menunjukkan kereta dipandu lelaki melawan arus sejauh kira-kira dua kilometer.

Turut dilihat dalam video, peronda NPE turut mengejar kenderaan berkenaan menggunakan motosikal sambil mengarahkan pemandu supaya berhenti.

Kira-kira dua minit kemudian, pemandu terbabit akhirnya berhenti. Kejadian menyebabkan kesesakan lalu lintas di kedua-dua arah.

‎Jurucakap Pengurusan Konsesi NPE berkata, tujuan pemandu melakukan tindakan itu adalah untuk bunuh diri.

‎”Pihak kami berjaya menghalang pemandu berkenaan dan dia tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

‎Sementara itu, polis trafik berkata, pihaknya sedang mengambil keterangan daripada pegawai peronda NPE berhubung kejadian.

‎”Buat masa ini pihak kami belum mendapat sebarang maklumat mengenai pemandu berkenaan.

Difahamkan kenderaan itu milik lelaki berusia 40-an dipercayai anak kepada pemandu.

‎”Maklumat lanjut mengenai pemandu, kenderaan dipandu masuk ke lebuh raya dari mana dan tujuan dia melakukan tindakan itu akan diberikan kemudian.

‎”Bagaimanapun, kes akan disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sebelum ini, pernah viral di media sosial video kereta dipandu melawan arus di lebuh raya dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Sumber : https://www.hmetro.com.my/

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.