Now Reading
Hadir 4 jam Lebih Awal Jika Terbang Dari KLIA 2

Hadir 4 jam Lebih Awal Jika Terbang Dari KLIA 2

Baru-baru ini, laman rasmi Twitter Air Asia telah mengeluarkan kenyataan penting untuk para penumpang yang bakal menaiki kapal terbang bulan Januari ini.

Pihak Malaysia Airlines Holdings Berhad (MAhB) sedang

melakukan proses penambahbaikan di KLIA 2 bagi memudahkan para pengguna.

Oleh sebab itu, satu pengumuman dikeluarkan oleh pihak Air Asia bagi memudahkan pergerakan para penumpangnya.

Pengumuman tersebut mengatakan,”Berkuatkuasa pada 15-25 Januari, kaunter W di KLIA 2 akan ditutup bagi memudahkan proses penambahbaikkan oleh pihak MAHB untuk pemasangan mesin daftar masuk beg sendiri.

Para penumpang yang ingin mendaftar masuk beg dinasihati untuk hadir seawal tiga jam bagi Air Asia dan seawal empat jam awal bagi Air Asia X.”

Antara 7 Januari dan 11 Februari, 2018 ini, pihak MAHB akan menyediakan 15 kaunter di barisan V dan W di Lapangan Terbang Antarabangsa  KL 2 (KLIA2) dengan kemudahan daftar masuk bagasi sendiri atau ‘self-baggage drop’ (SBD).

See Also

Sistem SBD ini mampu mengurangkan masa giliran mendaftar masuk bag bagasi daripada dua minit setengah kepada satu minit sahaja.

Inisiatif ini mampu melancarkan pergerakan penumpang yang ramai dan tidak perlu beratur panjang lagi.

Penumpang boleh rujuk gambar rajah di bawah untuk mengetahui kedudukan kaunter di KLIA 2.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.