Now Reading
Isu Tatu dan Hukum Sah Solat, Adam Corrie Jawab Isu Ini.

Isu Tatu dan Hukum Sah Solat, Adam Corrie Jawab Isu Ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[video src="https://www.instagram.com/p/BeFScXdnFPm/?hl=en&taken-by=adamcorrielee"]

Pelakon Adam Corrie memberitahu bahawa solatnya pernah dipersoalkan sesetengah pihak disebabkan tatu di badannya.

Adam atau nama sebenarnya Adam Corrie Lee Abdullah, 50, berkata dia bagaimanapun hanya tersenyum kerana sudah mengetahui tentang hukum bertatu sebelum memeluk Islam.

Adam memuat naik kenyataan di Twitter bagi menjawab isu penampilan pemain rugby, Sonny Bill William yang mempunyai tatu ditubuhnya ketika berada di Makkah baru-baru ini.

Pelakon yang terkenal dengan watak antagonis ini bagaimanapun tidak melenting serta mengakui isu tersebut sering dihadapi oleh mualaf.

Adam menjelaskan pula di Instagram berkenaan Tweet tersebut dengan lebih lanjut. Dia mengatakan kos membuang tatu adalah tinggi dan kesakitan yang dialami juga tidak tertanggung.

Malah, Adam juga menasihati netizen supaya membuat kajian terlebih dahulu sebelum memberi pandangan.

“Isu biasa yang dialami oleh saudara baru. Ini bukan isu sedih ke, marah ke, tertekan ke. Suruh orang bertabah ke. Kebanyakan saudara baru tahu solat mereka sah.

Dalam pada itu, Adam juga menyarankan saudara baru Islam tidak perlu berdebat mengenai isu tersebut dan memakai baju berlengan panjang dan seluar panjang untuk mengelakkan salah faham.

Berikutan status tersebut, pelbagai komen yang diutarakan oleh netizen di posting tersebut. Ada juga yang memberi sokongan kepada Adam supaya bersabar dan ada juga yang memuji kesabaran Adam dalam menghadapi situasi seperti ini.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.