Now Reading
Tak Dapat Duit, Bakar Rumah

Tak Dapat Duit, Bakar Rumah

Seorang suspek dipercayai penagih dadah yang bertindak membakar rumah pusaka peninggalan arwah bapanya di FELDA Jengka 11, jam 2.10 petang kelmarin.

Dia berang selepas ibunya yang berstatus ibu tunggal enggan memberikan wang seperti yang dimintanya dipercayai untuk membeli dadah.

Kenyataan tersebut diambil daripada Azmi,25 jiran kepada suspek yang ditemu ramah wartawan berkenaan kejadian tersebut.

“Kami panggil tok imam untuk bagi nasihat, dia macam dah okey, tetapi tak sangka pula dia bakar juga rumah itu. Memang dia ada masalah dadah sejak sekian lama.

“Malah ibunya yang berstatus ibu tunggal juga tidak sanggup tinggal di rumah itu kerana sering diugut. Mujur masa kejadian ibu lelaki itu berada di rumah salah seorang anaknya di ibu kota,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, selepas membakar rumah itu suspek kemudian solat di dalam rumah yang sedang terbakar itu sebelum berjaya ditarik keluar penduduk kampung.

“Lepas itu, dia mandi pula di dalam bengkel di tepi rumahnya dan ketika itu api sedang marak membakar. Jadi penduduk kampung menghubung polis untuk tindakan selanjutnya.

“Penduduk kampung tidak pasti apa motif dia buat macam itu, tetapi syukur sangat sebab tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abd Rahman berkata, suspek yang juga seorang penganggur mempunyai lima rekod kesalahan lampau itu kini ditahan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat menggunakan api,” katanya.

Manakala di Twitter, sorang pengguna Twitter @paduka_nadzren memuat naik video rumah terbakar di Pahang dipercayai rumah tersebut.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.