fbpx
Now Reading
Kene Samun Lepas Tamat FB Live

Kene Samun Lepas Tamat FB Live

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Usahawan kosmetik, yang dikenali sebagai Sifu Cempaka atau nama sebenarnya, Muhd Irfan Abdullah dipercayai disamun awal pagi tadi di Rantau Panjang Kelantan.

Sifu Cempaka merupakan seorang pengusaha kunyit skincare dan seorang peniaga online di laman sosial.

Menurut laman sosial Facebook, Anak Jati Rantau Panjang, mangsa telah disamun seawal jam 2-3 pagi, dipermis peniagaan mangsa. Mangsa disamun dan ditembak dikaki.

Kemungkinan mangsa juga dipukul bahagian kepala dengan mengunakan objek tumpul.

Dikatakan semua barang kemas dan duit telah di samun oleh 3 orang perompak bermotosikal dan bersenjata.

Menurut page AJRP juga, berkemungkinan kejadian in berlaku diatas kekerapan mangsa yang membuat live di Facebook.

Mangsa yang sememangnya terkenal dengan perniagaan live di Facebook selalu menunjukkan duit dan barang kemas yang banyak.

Mungkin kejadian ini merupakan iktibar dan pengajaran kepada peniaga agar lebih berhati hati dengan keadaan sekeliling.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.