fbpx
Now Reading
Lipas Punya Pasal…

Lipas Punya Pasal…

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Akibat seekor lipas di dalam kereta, seorang wanita berusia 61 tahun yang sedang memandu terbabas ke jambatan di Jurong East Central , Singapura pada Jumaat lepas (26 Jan).

Dalam gambar yang dikongsi di Facebook, sebuah kereta Mazda merah remuk dibahagian depan akibat terbabas di laluan pejalan kaki.

Pihak polis berkata mereka dimaklumkan mengenai kemalangan yang melibatkan sebuah kereta di Jurong East Central, menuju Jalan Pusat Sains, kira-kira jam 7.30 pagi.

Wanita itu bagaimanapun hanya mengalami kecederaan kecil dan telah dibawa ke Hospital Ng Teng Fong.

Kemalangan tersebut berlaku apabila wanita tersebut terkejut melihat lipas di dalam kereta dan hilang kawalan lalu terbabas ke arah jambatan.

Anaknya tiba di tempat kejadian sejurus selepas kemalangan itu.

Dimaklumkan, siasatan polis sedang dijalankan.

Sumber : The Star

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.