fbpx
Now Reading
Kru Kabin Lelaki Sahaja Akan Terbang ke Acheh

Kru Kabin Lelaki Sahaja Akan Terbang ke Acheh

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

AirAsia dalam satu kenyataan hanya akan menempatkan kru kabin lelaki untuk penerbangan ke dan dari Aceh selepas pihak berkuasa wilayah Indonesia mengeluarkan arahan bahawa semua kru kabin wanita Muslim harus memakai hijab ketika tiba di wilayah tersebut.

“AirAsia akur kepada peraturan yang dikenakan oleh pihak berkuasa wilayah Aceh. Kami komited untuk memastikan kru operasi kami mematuhinya.

“Buat masa ini, semua penerbangan AirAsia dari dan ke Aceh akan dikendalikan oleh anak-anak kapal lelaki,” kata AirAsia dalam satu kenyataan ringkas.

Pihak berkuasa Aceh mengemukakan surat semalam, kepada syarikat penerbangan Indonesia, Garuda Indonesia dan syarikat tambang murah lain seperti AirAsia dan Firefly, mengarahkan kru kabin wanita Muslim memakai tudung semasa ketibaan atau berdepan hukuman oleh pihak berkuasa.

Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Ignatius Ong berkata, syarikat penerbangan itu mungkin hanya akan menempatkan kru lelaki atau bukan Islam dalam penerbangannya ke Acheh.

Ong juga berkata syarikat penerbangan bajet itu sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan pakaian seragam yang sesuai untuk kru kabin wanita Muslim.

“Kami masih menilai keadaan. Tiada keputusan kukuh telah dibuat,” katanya ketika dihubungi.

AirAsia dan Firefly adalah syarikat penerbangan utama yang mengendalikan penerbangan ke Banda Aceh.

Aceh adalah satu-satunya wilayah di Indonesia yang telah menerapkan hukum syariah.

 

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.