fbpx
Now Reading
Perokok Di Pantai Akan Ditangkap Jika Ingkar

Perokok Di Pantai Akan Ditangkap Jika Ingkar

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ditangkap dan dibicarakan yang boleh membawa hukuman sehingga penjara setahun atau denda sehingga 100,000 baht (RM12,445) atau kedua-duanya adalah hukuman yang dikenakan kepada sesiapa yang merokok di 24 pantai pelancongan Thailand mulai semalam.

Pengarah Jabatan Pengurusan Sumber Marina dan Perairan Thailand, Bannaruk Sermthong, berkata di Bangkok, undang-undang larangan merokok itu bagi melindungi 24 pantai di 15 wilayah sepanjang perairan Andaman dan Teluk Thailand.

Katanya, orang ramai boleh merokok di kawasan yang dibenarkan namun bukan di pantai.

Pantai di Thailand adalah tarikan utama pelancong dan negara itu dijangka menerima 37.55 juta pelancong tahun ini.

Laporan sebelum ini menyatakan pihak berkuasa membersihkan kira-kira 140,000 puntung rokok seminggu di sepanjang 2.4 kilometer Pantai Patong di Phuket. – Reuters

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.