Now Reading
Dipijak Semasa Lihat Gajah Lalu

Dipijak Semasa Lihat Gajah Lalu

[video src="https://www.instagram.com/p/BerJzyqhJqb/?hl=en&taken-by=belum.konspirasi"]

Lelaki warga emas parah selepas dipercayai dikejar dan dipijak gajah pada jam 4.30 petang di Kilometer 19 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik- Jeli, Gerik, semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa M Paramanazan,69, patah tangan kiri, patah tulang rusuk kiri, luka di lengan kanan dan patah tulang leher.

Siasatan awal mendapati mangsa bersama anaknya menaiki lori melalui JRTB ke arah Gerik.

Ketua Polis Daerah Gerik Superintendan Ismail Mat Isa berkata mangsa bersama anaknya kemudiannya memberhentikan lori di lokasi itu untuk melihat gajah di kawasan berkenaan.

“Mangsa kemudiannya dipercayai dikejar gajah berkenaan sebelum dipijak dan anak mangsa yang berada di dalam lori bergegas turun dan membawa mangsa ke hospital.

“Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Gerik untuk menerima rawatan sebelum dipindahkan ke Hospital Taiping untuk rawatan susulan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Manakala di Instagram, seorang pengguna Instagram memuat naik gambar gajah yang berada di Taman Negeri Royal Belum dengan sedikit tips jika terserempak dengan gajah ketika memandu.

Sumber : Hmetro

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.