fbpx
Now Reading
Kalau Ada RM388 Juta, Anda Boleh Melancong ke Angkasa Lepas

Kalau Ada RM388 Juta, Anda Boleh Melancong ke Angkasa Lepas

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bila kita lihat angkasawan negera pertama, atuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang berada di angkasa pada 2007. mesti terdetik di hari kita jika kita pula yang berada di angkasa.

Mimpi anda mungkin akan jadi kenyataan kerana negara Rusis, buat kali pertamanya, merancang untuk menghantar pelancong ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

Ketua Syarikat Angkasa Rusia (Energia) Vladimir Solntsev, mengatakan bahawa pihaknya sedang berbincang untuk memberi peluang kepada pelancong untuk berjalan (spacewalk) di angkasa.

“Penganalisis pasaran telah mengesahkan bahawa terdapat golongan berada dan kaya sedia membayar untuk pakej pelancongan ini,” kata Vladimir.

Kos perjalanan yang dianggarkan untuk melancong ke sana ialah AS$100 juta (RM388 juta) dan ternyata ia bukan satu jumlah yang kecil.

“Pelancong dapat berjalan di angkasa dan membuat filem mahupun klip video. Dalam setahun, hanya lima hingga enam penumpang boleh melawat ke angkasa lepas selama 10 hari,” tambah beliau.

Energia, syarikat angkasa yang merupakan sebahagian pasukan pelancaran manusia pertama di angkasa lepas, Yuri Gagarin pada 1961 sedang membina modul baharu, NEM-2 untuk membawa pelancong ke ISS.

NEM-2 (nama masih belum disahkan) bakal dilancarkan pada 2019, mampu menampung sehingga enam penumpang dalam satu masa serta dilengkapi kabin yang selesa, dua tandas dan akses Internet.

Sumber : Awani

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.