
“This is so funny…” – ‘Accent’ Dr Amalina Bakri Dipersoalkan Netizen
Dr Amalina Bakri sepeti yang kita semua kenal merupakan seorang ikon wanita berjaya kebanggaan Malaysia. Menjadi sebutan seluruh negara apabila cemerlang dalam SPM 2004, dan dia kini bergelar sebagai doktor bedah di Kota London, United Kingdom.
Beliau juga sudah lama menetap di luar negara selepas SPM untuk meneruskan pelajarannya sehingga kini beliau masih menetap di sana. Tidak hairanlah, cara pakaian dan percakapan seperti orang tempatan di sana kerana mungkin sudah terbiasa dengan cara hidup di negara orang.
Satu video Live Insta yang dimuat naik di Twitter mengenai Amalina memberikan tips untuk menjadi seorang doktor yang baik mendapat perhatian daripada netizen apabila Amalina bercakap dengan accent yang sedikit berbeza.
Some advices and useful tips from @DrAmalinaBakri live session.Thank you @DrAmalinaBakri ????.
1) Be a safe doctor
2) Always Ask for help if you are not sure about something
3) Use the ABCDE approach pic.twitter.com/uYmkodPdCp— hnsaimn (@hnsaimn) February 3, 2018
Walaubagaimanapun, ramai yang mengatakan accent beliau seperti dibuat-buat dan mempersoalkan jati diri Amalina sebagai orang Malaysia.
Ini pula jawapan balik daripada Dr Amalina. Jawapan yang ringkas dan tidak melibatkan emosi. Memang betul beliau ni seorang yang bijak!
Netizen yang lain turut memberikan respon terhadap perkara ini.
Sepatutnya, kita berbangga dengan Dr Amalina kerana membawa nama Malaysia luar negara, tetapi ada juga masih juga mencari kesalahan walaupun kecil. Apa pula komen anda?