fbpx
Now Reading
Beri Bonus Berjuta-juta Pada Pekerja, Majikan Ini Dilabel Paling Pemurah

Beri Bonus Berjuta-juta Pada Pekerja, Majikan Ini Dilabel Paling Pemurah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kalau ikutkan hati mesti setiap tahun kita mengaharapkan bonus daripada syarikat kan? Tapi hakikatnya, bonus pun tak sampai setengah gaji, kenaikan gaji pun sikit je setiap tahun. Nak kerja pun tak semangat hari-hari.

Lain pula dengan Syarikat Fangda Special Steel Technology yang berpangkalan di timur China. Syarikat ini mungkin merupakan majikan paling pemurah apabila memberikan bonus berjumlah 160 juta yuan atau RM99.19 juta kepada pekerjanya.

Pemberian bonus itu dilapor membabitkan seramai 5,000 pekerja dengan masing-masing menerima bonus 32,000 yuan (RM19,840) sementara pekerja yang bersara dan berusia lebih 60 tahun menerima wang tunai 3,000 yuan (RM1,859).

Ini bukan kali pertama firma membuat kejutan dengan memberikan bonus tinggi kepada pekerjanya. Untung betul pekerja syarikat ni!

Sebelum ini, sebuah lagi anak syarikat itu turut tular di internet selepas memberi bonus kepada pekerjanya secara tunai. Bonus diberikan selepas pengeluaran dan keuntungan syarikat itu mencecah tahap tertinggi, tahun lalu.

Setakat ini, syarikat itu telah memberikan bonus kepada pekerjanya berjumlah 600 juta yuan (RM372 juta) sejak 2011. Harga besi yang melambung tinggi tahun lalu menyebabkan syarikat besi mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

Sumber : Awani

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.