fbpx
Now Reading
Doktor Hero Selamatkan Pesakit Dalam Kapal Terbang

Doktor Hero Selamatkan Pesakit Dalam Kapal Terbang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dua pakar bius menjadi hero apabila dapat menyelamatkan nyawa penumpang wanita yang diserang sesak nafas.

Kejadian berlaku ketika John Flanagan dan Matthew Stevenson menaiki pesawat JetBlue dari Florida ke Jamaica untuk bercuti bersama isteri masing-masing, bulan lalu.

Menerusi catatan isteri Flanagan, Xenia, di Facebook, situasi menjadi cemas apabila Stevenson menyedari warga emas terbabit tiba-tiba mengalami kesukaran bernafas kira-kira 20 minit selepas berlepas.

“Dia meminta bantuan suami saya,” tulis Xenia.

Disebabkan tiada alat yang sesuai untuk membantu mangsa bernafas, Stevenson memotong tiub serta beg udara topeng pernafasan kecemasan dan menyambungkannya kepada tangki oksigen sebagai ganti kepada alat bantuan pernafasan.

“Amat mengagumkan namun pada masa sama, menakutkan melihat suami dan rakannya melakukan perkara yang dilakukan mereka setiap hari – menyelamatkan nyawa,” tulis Xenia.

Alat bantuan pernafasan yang ‘dicipta’ mereka berjaya membantu wanita terbabit terus bernafas selama 45 minit sebelum pesawat terbabit dilencongkan ke Lapangan Terbang Fort Lauderdale untuk pendaratan cemas.

Penumpang pesawat memberi tepukan gemuruh kepada mereka dan penerbangan tersebut diteruskan ke Jamaica.

Sumber : Harian Metro

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.