“Money Can’t Buy Manners” – Abang Kosmetik Dihalau Pemuzik Jalanan di Luar Negara
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dalam rakaman berdurasi 60 saat terpaksa menahan malu apabila reaksi spontannya menyanyikan lagu Abang Nak Tegur mengundang rasa kurang senang seorang pemuzik jalanan.
“Dia suruh aku pergi, dia kata kau boleh pergi jauh-jauh. Malu-malu,” katanya.
“Pada awalnya saya kasihan sebab nak membantu lepas tu sumpah malu tapi sekurang-kurangnya saya bangga ada empat orang sedekahkan duit masa saya menyanyi live lagu Abang Nak Tegur di London.
“Kau orang rasa apa mat salleh ni cakap kat saya?? Nasib baik kau orang tak dengar,” tulisnya pada Sabtu.
Video tersebut mendapat kecaman dan komen daripada netizen yang tidak menggemari perbuatan Aliff itu.
Sehingga kini video tersebut telah menerima 400,000 tontonan dan ratusan komen daripada pengguna laman Instagram.