fbpx
Now Reading
Taj Mahal Berubah Warna

Taj Mahal Berubah Warna

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Taj Mahal yang merupakan satu dari tujuh keajaiban dunia kini bertukar warna menjadi dari putih ke kuning keperangan sejak beberapa tahun ini menyebabkan banyak pihak menyeru agar tindakan segera diambil pihak yang bertanggungjawab.

Portal Daily Mail melaporkan, monumen berusia lebih 400 tahun itu kini terjejas teruk akibat pencemaran yang mengakibatkan warna putih marmarnya berubah.

Para hakim di India menggesa agar bangunan ikonik itu dilindungi dari debu yang terhasil daripada pencemaran industri di kawasan berdekatan.

Mahkamah Agung India telah meminta pelan terperinci untuk melindungi tapak bersejarah itu, dan memberi amaran pendekatan ad hoc kerajaan negeri hanya akan memburukkan keadaan.

Hakim memberitahu kerajaan negeri Uttar Pradesh untuk menyerahkan dokumen yang menggariskan perancangan untuk melindungi Taj Mahal, dan ia perlu dikeluarkan dalam tempoh sebulan.

Hakim juga mempersoalkan kewujudan kilang pembuatan bahan kulit dan pembangunan hotel di lokasi berdekatan dengan bangunan itu.

Menurut New York Times, Taj Mahal kini dalam proses pembersihan sejak 2015 dan dijangka akan siap pada December ini. Kaedah penggunaan ‘mandi lumpur’ digunakan untuk membersihkan Taj Mahal tanpa menggunakan bahan kimia.

Pembersihan dinding dilakukan oleh pekerja. GAMBAR : Atul Loke

Taj Mahal dibina oleh Maharaja Mughal, Shah Jahan, sebagai makam buat isterinya, Mumtaz Mahal, yang meninggal dunia pada tahun 1631.

Sumber : Awani, New York Times

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.