fbpx
Now Reading
Adam Shahz Dibomohkan Oleh Bekas Isteri?

Adam Shahz Dibomohkan Oleh Bekas Isteri?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon Adam Shahz yang terkenal dengan filem Juvana 2 dan Juvana 3 , semalam telah memuat naik status di laman Twitternya tentang kenyataan bahawa dirinya dibomoh oleh bekas isterinya, pelakon Fatin Afeefa.

“Yes!! Saya dibomoh oleh bekas isteri saya. Dia cuba perbodohkan saya bila saya tahu kecurangan yang dia lakukan.

“Kau tahu kebenaran, kau tahu dosa pahala yang dibuat. Jangan letak kesalahan pada orang lain. Allah SWT Maha Adil kerana statement BODOH kau, kau cuba malukan keluarga aku,” tulisnya.

Dalam status itu juga, Adam, 36, turut mendakwa bekas isterinya itu pernah berlaku curang sepanjang mereka mendirikan rumah tangga dan meminta Fatin berhenti berpura-pura menjadi mangsa keadaan.

“Aku ada semua conversation kecurangan kau. Jadi jangan cuba hendak berlagak kau tu mangsa keadaan,” kata Adam.

Adam dan Fatin, 24, mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 sebelum disahkan bercerai pada 30 Mei tahun lalu dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Adam Aisy Arrian, 5, dan Ivy Herra Sophia, 3.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.