fbpx
Now Reading
Azmil Mustapha Meninggal Dunia

Azmil Mustapha Meninggal Dunia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[video src="https://www.instagram.com/p/BfK5MjxgvVF/?taken-by=mstaronlineofficial"]

Pelakon filem Ali Setan yang popular tahun 1980-an iaitu Azmil Mustapha meninggal dunia kira-kira pukul 12.40 tengah hari pada Rabu di rumahnya Seksyen 9, Shah Alam dekat sini pada usia 65 tahun akibat sakit jantung.

Berita itu disahkan oleh adiknya Aziph Mustapha.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah Alam (Masjid Biru) untuk urusan serta solat jenazah sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam dekat sini untuk dikebumikan selepas waktu Asar.

“Kami memohon maaf bagi pihak Allahyarham atas segala kekhilafan, dan mohon doakan kesejahteraan Allahyarham. Mohon hubungi kami sekiranya ada sebarang kesulitan,” katanya ringkas.

Pada November tahun lalu Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Kardiologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana kesukaran bernafas

Selain Ali Setan, filem lain yang turut mengangkat nama beliau ialah Mekanik.

Allahyarham pernah berkahwin sebanyak dua kali dan memiliki empat orang anak hasil perkahwinan itu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.