fbpx
Now Reading
Bimbang Beg Tangan Dicuri, Sanggup Masuk Mesin X-Ray

Bimbang Beg Tangan Dicuri, Sanggup Masuk Mesin X-Ray

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bimbang beg tangannya mungkin dicuri, seorang wanita tekad untuk memasuki mesin pengimbas X-ray di stesen kereta api.

Anggota keselamatan terkejut apabila melihat imej seorang wanita ketika memantau skrin imbasan X-ray.

Insiden pelik itu berlaku pada 11 Februari lalu di sebuah stesen kereta api di Dongguan, wilayah Guangdong di selatan China, menurut Pear Video.

Imej luar biasa itu menunjukkan seorang penumpang wanita, masih memakai kasut tumit tinggi, dalam keadaan berlutut di trek barang untuk diimbas pemeriksaan.

 Rakaman Video Pear turut menunjukkan wanita berkenaan memanjat keluar dari mesin X-ray selepas itu.

A woman climbed into security inspection machine with her handbag, to prevent theft.

LMAO! A woman climbed into security inspection machine with her handbag, to prevent THEFT.Feb 11th, railway station inspectors in Dongguan found a woman climb into the security inspection machine. She explained this is to protect her handbag from theft.

Posted by PearVideo on Tuesday, 13 February 2018

Dia kemudian memeriksa beg tangannya dan beg lain kepunyaannya sebelum beredar dari tempat pemeriksaan.

Sumber : Mail Online

 

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.