fbpx

Banglo Sharifah Aini Bernilai 8 Juta, Dijual.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa tidak kenal dengan penyanyi lagend Malaysia Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang terkenal pada zaman 90-an. Namun beliau yang telah pergi meninggalkan kita 4 tahun yang lepas, memberi kesan kepada peminat lagu-lagu beliau.

Kini, salah satu peninggalan beliau pula dijual oleh anaknya,  Aliff Omar Ali berikutan begitu besar buat mereka sekeluarga.

YA… betul. Ini rumah i dan memang hendak dijual,” kata seorang individu yang ditemui di rumah berkenaan di Petaling Jaya, hari ini, berhubung iklan kediaman itu dijual.

“Tiada sebab lain melainkan ia terlalu besar untuk dihuni, dan ia sudah diserahkan kepada ejen rumah (hartanah) untuk menjualnya,” katanya yang enggan dikenali.

Terdahulu, banglo mewah di Petaling Jaya itu diiklankan mahu dijual pada harga RM8 juta di laman sosial Facebook.

Pada iklan berkenaan turut ditulis banglo berkenaan adalah kepunyaan seorang penyanyi popular.

Ejen hartanah yang menguruskan penjualan banglo mewah milik Allahyarham Datuk Sharifah Aini memaklumkan belum ada pihak yang berminat membeli kediaman berkenaan.

Lelaki yang mahu dikenali sebagai Hafiz sebelum ini memuatnaik iklan penjualan rumah terbabit di laman sosial Facebook (FB) miliknya sejak sebulan lalu.

Hafiz berkata, terdapat beberapa sebab yang menyukarkan rumah itu untuk dijual, namun dia mempunyai keyakinan harga RM8 juta yang ditawarkan adalah harga pasaran semasa.

“Setakat hari ini belum ada mana-mana lagi individu atau peminat yang bertanyakan mengenai rumah itu. Malah harga yang dipamerkan juga bukanlah harga tetap. Andai ada yang berminat dan serius hendak membeli, kita boleh pertimbangkan sehingga mereka jadi beli,” katanya.

Menurutnya, jika diikutkan, pihaknya tidak mahu ada publisiti kerana menghormati hak privasi tuan rumah.

Bagaimanapun, dia tidak menafikan berita yang dikeluarkan oleh portal berita semalam turut membantu memudahkan orang ramai mengetahui mengenai penjualan rumah itu.

Katanya, dia adalah ejen kedua yang cuba membantu rakannya yang juga ejen dilantik untuk menjual rumah berkenaan.

Sumber : Harian Metro

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.