fbpx
Now Reading
Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi Putus?

Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi Putus?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Status hubungan Sufian Suhaimi dan pelakon Elfira Loy terus menjadi tanda tanya apabila pertunangan mereka dikatakan sudah berakhir.

Pasangan berkenaan dikatakan menunggu masa sesuai untuk mengumumkan perkara berkenaan.

Usaha mStar Online mendapatkan kesahihan perkara itu gagal apabila Sufian minta ruang dan tidak mahu diganggu buat sementara waktu.

Menurut pengurusnya, Mahadhir Mohamad, penyanyi berusia 25 tahun itu juga sudah menukar nombor telefon peribadi atas sebab-sebab berkenaan.

“Dia tukar nombor peribadi dan tak mahu diganggu,” jawabnya ringkas.

Difahamkan Elfira pula kini berada di Amerika Syarikat bersama keluarganya.

Sebelum ini, tindakan penyanyi lagu Terasa Ada ini memuat naik foto kapsyen di Instastory mengundang persoalan netizen yang berasakan ia ditujukan kepada Elfira Loy.

Pasangan selebriti ini mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu di Cheras, Kuala Lumpur.

Pada Januari lalu, Sufian mengakui hubungannya dengan Elfira melalui fasa yang rumit.

Bagaimanapun, dia sentiasa berdoa yang terbaik agar hubungan yang dibina itu berakhir seperti dirancang.

“Boleh dikatakan hubungan kami dalam keadaan complicated. Ia bukan kerana berhadapan masalah tapi sesuatu yang sukar dijelaskan. Seperti pasangan bertunang yang lain, kami melalui fasa ujian bertunang.

“Hanya kami berdua yang tahu apa yang berlaku dan mengharapkan pengakhiran yang baik,” ujarnya.

Perancangan awal perkahwinan mereka pada bulan depan sempena harijadi Elfira namun sehingga kini kedua-duanya masih belum memaklumkan tarikh sebenar pernikahan.

Sumber : Mstar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.