Pulau Langkawi Disebut Dalam Star Trek

Tular di media sosial video salah satu adegan dalam siri televisyen sains fiksyen terbitan Amerika Syarikat, Star Trek: Discovery menyebut nama Langkawi.

Ini adalah salah satu usaha untuk mempromosikan Langkawi sebagai destinasi pelancongan melintasi “angkasa”.

Nama Kapten Philippa Georgiou tiba-tiba menjadi sebutan di Langkawi, bukan sahaja sebagai pelaut terkenal yang baru membuat pendaratan tetapi dalam siri televisyen tersebut, beliau menyatakan beliau berasal dari pulau itu.

Georgiou sebenarnya ialah watak yang dilakonkan oleh pelakon superstar Malaysia Tan Sri Michelle Yeoh dalam siri televisyen itu dan apabila dia menyebut Langkawi dalam salah satu adegan, ia membangkitkan kegembiraan di kalangan penduduk Langkawi dan klip videonya telah tular di media sosial.

Dialog yang menyebut nama Langkawi, walaupun sekejap adalah promosi yang baik dan menarik lebih minat untuk datang ke pulau itu, kata Setiausaha Pertubuhan Usahawan Bumiputera Langkawi (USAHABUMI), Ahmad Phisol Ishak.

“Ia benar-benar sangat baik untuk usaha mempromosi Langkawi dan dihargai supaya lebih ramai pelancong akan datang,” kata beliau kepada Bernama.

Bagi pemain industri pelancongan, Ilias Ismail, 54, dialog yang menyebut Langkawi dalam siri itu memberi kepuasan kepadanya memandangkan siri Star Trek sangat diminati ramai dan juga Yeoh adalah seorang superstar antarabangsa.

“Kami telah menerima kunjungan pelancongan dari Rusia, United Kingdom dan China. Penampilan Michelle Yeoh dalam siri itu akan menjadikan Langkawi lebih terkenal,” kata beliau.

Selain menjadi destinasi pilihan untuk pelancong dari seluruh dunia, Langkawi yang kaya dengan keindahan semula jadi menjadi lokasi pilihan bagi penggambaran filem oleh pembikin filem dan pengeluar siri televisyen dari dalam dan luar Malaysia.

Sumber : Bernama

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

ASEAN Travel Passes: AirAsia VS Malaysia Airlines Flypass. Mana Satu Pilihan Anda?

Keseluruhannya yang mana satu lebih berbaloi? Sama ada MHflypass ASEAN oleh MAS atau ASEAN Explorer…

10 hours ago
  • News
  • Trending

Fahmi Fadzil Kesal, Kecam Tindakan Meta Turunkan Artikel Anwar Jumpa Hamas

Menurut Fahmi, akaun Meta Malaysia Gazette telah dinyahaktif sehingga terpaksa membuka akaun baru.

13 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Naim Daniel Buat Laporan Polis, Dedah Ibu Bapa Diugut Bunuh

Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…

14 hours ago
  • Info
  • Trending

Islam Larang Perbuatan Paksa Orang Melutut Mintak Maaf – Mufti Wilayah Persekutuan

Perbuatan melutut juga bercanggah dengan tuntutan syarak supaya memberi kemaafan dengan berlapang dada.

15 hours ago
  • Trending

Wanita Nekad Gugurkan Kandungan Lepas Tahu Suami Seorang Pedofilia [Video]

Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji…

15 hours ago
  • Trending

“Bukan Semua Tanggungjawab Kami” – DBKL Jelaskan Fakta Tentang Pokok Di KL Yang Ramai Tak Tahu

Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…

16 hours ago