Kesemua Mangsa Kereta Kabel Rosak Selamat, Berhenti Operasi Sehari

Operasi menurunkan 500 pelancong yang terkandas di puncak Gunung Machinchang di Langkawi apabila perkhidmatan SkyCab mengalami masalah teknikal petang Ahad, telah selesai menjelang tengah malam tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Mohamad Mustakim Mukhtar berkata para penumpang yang terkandas mula di bawa turun bermula jam 9.30 malam selepas kerosakan tersebut berjaya dibaiki oleh kakitangan syarikat berkenaan.

Terdahulu 89 daripada lebih 500 pelancong yang terkandas selepas kereta kabel Langkawi SkyCab mengalami masalah teknikal petang tadi selamat tiba di stesen di Oriental Village di sini kira-kira 9.30 malam ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Datuk Azizan Noordin berkata, 89 pelancong itu terkandas dalam gondola apabila sistem mengalami kerosakan kira-kira 5.48 petang tadi.

“Tiga lagi kereta kabel membawa 18 pelancong sedang bergerak ke bawah selepas tersangkut kira-kira empat jam antara middle station dan base station,” katanya malam ini.

Beliau berkata pasukan teknikal Panorama Langkawi Sdn Bhd, anak syarikat LADA dan pengendali sistem kereta kabel itu, terpaksa menggunakan usaha secara manual untuk menggerakkan sistem bagi kereta kabel tersebut turun ke base station.

“Pasukan teknikal mengandungi 12 orang bersama dua anggota bomba dan penyelamat telah berada di middle station untuk menggantikan sistem yang gagal berfungsi yang menjadi punca sistem itu mengalami kerosakan,” katanya.

Azizan berkata setakat pukul 10 malam, kira-kira 200 pelancong masih terkandas di middle station, yang terletak kira-kira 650 meter dari paras laut dan 300 lagi terkandas di upper station, kira-kira 708 meter dari parasc laut.

“Insya-Allah, sebaik sahaja kerja-kerja pemulihan dijalankan, baki pelancong boleh dibawa turun ke base station diharapkan sebelum tengah malam” kata beliau.

Mengenai keadaan pelancong yang tiba di base station, beliau berkata seorang pelancong pengsan tetapi sedar semula sebelum dibawa ke Hospital Langkawi untuk pemeriksaan lanjut.

“Yang lain dalam keadaan baik dan sesetengah nampaknya mengalami trauma sedikit selepas terkandas dalam kereta kabel dan tersangkut di awang-awangan setinggi beberapa ratus meter selama beberapa jam tetapi kami berusaha untuk menenangkan mereka dan memberi bantuan yang perlu,’ kata beliau.

Beliau berkata perkhidmatan kereta kabel itu tidak akan beroperasi selama satu hari esok untuk membolehkan siasatan menyeluruh dijalankan mengenai insiden.

Sumber : Harian Metro

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 day ago