fbpx
Now Reading
“Bila Saya Cakap Saya Tak Keluar Duit..Ramai Tak Nak Percaya” – Aliff Syukri

“Bila Saya Cakap Saya Tak Keluar Duit..Ramai Tak Nak Percaya” – Aliff Syukri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Filem Badang yang telah ditayangkan pada Februari menerima pelbagai kritikan daripada netizen mahupun artis. Pelakon utama filem ini, Dato’ Aliff Syukri antara yang mendapat kritikan mungkin disebabkan beliau bukanlah seorang pelakon tetepi seorang usahawan kosmetik yang berjaya.

Selain dikritik tidak sesuai untuk berlakon dalam filem, Aliff Syukri juga didakwa melaburkan duit untuk filem tersebut. Betul ke? Ini respon Aliff Syukri.

Terkilan dengan segala tohmahan dan kritikan yang dilemparkan kepadanya, Aliff Syukri menerusi laman Instagram meluahkan rasa sedih dan menjelaskan dia tidak keluarkan duit pun untuk pembikinan filem lakonannya. Katanya lagi, sebagai seorang ahli perniagaan dia pasti tidak akan melaburkan duit kepada perkara yang diluar kemahirannya.

Tambahnya, dia ditawarkan berlakon dan dia dibayar untuk kerja tersebut. Dia juga memberitahu tidak pernah takut dengan ugutan manusia kerana percaya dengan rezeki kurniaan Allah swt.

https://www.instagram.com/p/Bfii6uxHrv_/?taken-by=aliffsyukriterlajaklaris

Rata-rata netizen meninggalkan kata-kata positif kepada Aliff dan meminta Aliff untuk bersabar.

Sumber : Instagram Aliff Syukri

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.