fbpx
Now Reading
Elfira Sudah Ada Pengganti?

Elfira Sudah Ada Pengganti?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kisah terputusnya ikatan pertunangan antara pelakon Elfira Loy dan Sufian Suhaimi terus menjadi perbualan hangat netizen lalu ada yang mengaitkan aktres berkenaan sudah ada pengganti.

Justeru, foto yang dimuat naik oleh seorang lelaki iaitu Asyraff Mazlan di Instagram menyebabkan timbul persoalan netizen adakah pemuda itu cinta hati baharu Elfira?

Menerusi foto tersebut kelihatan Elfira, kakaknya iaitu Azlisa bersama Asyraff. Ia dirakamkan semasa mereka meraikan ulang tahun kelahiran Asyraff di sebuah restoran baru-baru ini.

Rata-rata pengikut membuat andaian bahawa Asyraff yang juga seorang usahawan muda ialah kekasih baharu pelakon drama Separuh Jiwaku ini.

Foto tersebut turut dibanjiri dengan komen netizen yang ingin mendapatkan kepastian mengenai status hubungan mereka.

Lebih menguatkan spekulasi apabila lelaki itu juga pernah memuat naik foto bersama-sama seorang wanita memakai purdah dan ia dipercayai Elfira Loy ketika mengerjakan ibadah umrah di Makkah awal bulan lalu.

Manakala Elfira juga ada memuat naik Insta Story mengenai jejaka ini dengan kapsyen ucapan terima kasih kerana menjaga dirinya dan ibu Elfira semasa mereka menunaikan umrah.

 

Sebelum ini, timbul pelbagai dakwaan dan spekulasi punca terlerainya ikatan pertunangan Elfira dan Sufian Suhaimi.

Bagaimanapun, Elfira dan Sufian meminta semua pihak tidak membuat sebarang andaian dan memaklumkan hanya keluarga sahaja yang mengetahui punca mereka menamatkan pertunangan.

Pada 17 Februari lalu, ibu Elfira iaitu Filzah Yusoff, 52, mengesahkan ikatan pertunangan di antara anak perempuannya dengan Sufian sudah berakhir dan pihak perempuan sudah memulangkan cincin pertunangan di rumah keluarga Sufian di Muar, Johor, esoknya.

Pertemuan antara keluarga kedua-dua pihak dilaporkan berlangsung dengan baik dan pihak keluarga enggan memanjangkan hal berkenaan.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober 2017 dan sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Mac ini.

Sumber : Mstar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.