fbpx
Now Reading
“Fed Up Dengan Manusia Yang Macam Ni…” – Elfira Loy

“Fed Up Dengan Manusia Yang Macam Ni…” – Elfira Loy

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Elfira Loy yang baru-baru ini dikaitkan dengan seorang usahawan muda, Asyraff Mazlan membuat kenyataan mengenai isu tersebut di Insta Story miliknya pagi tadi.

Elfira memuat naik gambar dengan kapsyen yang menyatakan dia betul-betul marah kerana fitnah yang dinyatakan oleh netizen yang meninggalkan komen berkanaan isu putus tunangnya bersama Sufian Suhaimi.

Gambar yang menjadi kontroversi di media sosial turut dimuat naik dengan keterangan yang menyatakan mereka berdua sebenarnya sudah kenal lama malah sejak Elfira belum memakai hijab.

Mengenai gambar semasa mereka mengerjakan umrah, mereka bukan pergi bersama seperti yang dianggap netizen, namun mereka hanya berada di dalam kumpulan yang sama.

Elfira juga berharap tiada pihak yang menimbulkan fitnah selepas dia memberikan keterangan mengenai gambar yang dimuat naik oleh Asyraff Mazlan itu.

Sumber : Instagram Elfira Loy

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.