fbpx
Now Reading
“Semua Jenama Botol Minuman Keras Dikeluarkan….” – Keterangan Pihak Neelofa

“Semua Jenama Botol Minuman Keras Dikeluarkan….” – Keterangan Pihak Neelofa

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[video src="https://www.instagram.com/p/BfsmdaklEI9/?hl=en&taken-by=neelofa"]

Pihak Neelofa telah mengambil langkah berjaga-jaga sebelum menganjurkan pelancaran tudung terbahru jenama Be Lofa yang berlangsung di sebuah pusat hiburan pada malam Isnin lalu.

Pengarah Urusan, NH Prima International Sdn Bhd, iaitu Noor Nabila Mohd Noor berkata, sepanjang majlis itu berlangsung pihaknya telah memastikan semua jenama dan botol minuman keras, gelas serta perkakas yang tedapat dalam kelab malam itu dikeluarkan dari lokasi majlis diadakan.

Selain itu katanya, beberapa peraturan lain turut dilakukan iaitu akses ke bar dan kelab lain juga ditutup selain semua tetamu dilarang merokok sepanjang majlis diadakan.

“Kami juga mendapatkan katerer luar untuk menyajikan makanan halal. Semua perkasas termasuklah sudu, garpu dan gelas yang digunakan oleh para tetamu juga disediakan oleh katerer tersebut,” katanya kepada mStar Online dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Rabu.

Pada Isnin lalu, pelancaran tudung terbaharu Neelofa iaitu Be Lofa menjadi kontroversi apabila ia diadakan di sebuah kelab malam yang dilihat bercanggah syariat Islam termasuklah adanya elemen tari menari.

Majlis itu juga turut mendapat rekasi pelbagai pihak termasuk Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang menulis surat terbuka untuk aktres berkenaan.

Noor Nabila yang juga kakak kepada Neelofa berkata, pihaknya membuat keputusan mengadakan majlis pelancaran di tempat berkenaan kerana kelab itu turut menawarkan ruang untuk disewa pada setiap hari Ahad dan Isnin.

Dalam pada itu katanya, sistem pencahayaan yang memberi efek neon, sistem bunyi, paparan LED, serta sokongan teknikal adalah antara kemudahan yang diperlukan oleh pihaknya untuk menjayakan majlis berkenaan dan kesemuanya didatangkan dalam satu pakej yang ditawarkan oleh pihak ruang acara.

“Untuk makluman, kami kini telah mengambil langkah segera untuk membetulkan situasi ini. Tiada yang lebih penting dari mendapatkan kembali kepercayaan dan keyakinan semua.

“Kami mengambil serius dan mendengar semua komen mengenai isu ini dan kami akan menggunakannya untuk membimbing kami secara positif bagi mengelakkan insiden yang sama berulang.

“Kami akan pastikan isu keagamaan dan kebudayaan akan dititikberatkan dalam setiap keputusan yang dibuat pada masa hadapan dan kami amat berharap agar diberi peluang untuk memperbaiki diri dan memperbetulkan keadaan,” tambahnya sambil memohon maaf atas apa yang berlaku.

Sumber : Mstar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.