fbpx
Now Reading
“Izreen Tak Pernah Mencampuri Urusan Saya Dan Intan Liyana” – Ude

“Izreen Tak Pernah Mencampuri Urusan Saya Dan Intan Liyana” – Ude

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mengakui sudah tiada hati untuk hidup bersama isteri pertama, Intan Liana, Ude Wahid meminta keputusannya untuk bercerai tidak dikaitkan dengan isteri kedua, Izreen Azminda. Ude berkata, beliau tidak sanggup lagi menipu diri untuk meneruskan hubungan suami isteri, Intan.

“Seperti yang saya nyatakan bahawa keputusan untuk bercerai adalah jalan terbaik. Apa yang berlaku biarlah saya dan Intan Liyana yang selesaikan. Izreen tidak pernah mencampuri urusan saya dan Liyana”

“Seperti sebelum ini orang menuduh saya melulu dengan berkata saya seorang bapa yang tidak bertanggungjawab, sedangkan kebajikan Intan Liyana dan dua anak tidak akan saya abaikan,” jelasnya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Intan meluahkan rasa sedihnya terhadap perpisahan itu dan tidak mengetahui apa punca sebenar bekas suaminya berbuat demikian. Manakala netizen pula melepaskan geram di ruangan komen terhadap keputusan Ude.

Ramai mendakwa keputusan Ude dipengaruhi oleh Izreen sejak pasangan itu bernikah hujung tahun lalu. Malah Intan turut mendedahkan beliau dan suami tidak lagi hidup sebumbung sejak November tahun lalu.

Sumber : Harian Metro

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.